Sunday 5 March 2017

KEHIDUPAN DI ASRAMA (BAB1)

NAMA        : AHMAD SAYUTI BIN ZAINUDIN
UMUR        : 14
SEKOLAH : STAR, SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN
WEB          :  www.staripoh.com

Image result for staripoh                               BAB 1


       Saya sayuti, saya ingin menceritakan pengalaman saya semasa berada di sekolah berasrama penuh (SBP). Saya bersekolah di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR). Di asrama kita akan dapat merasa pelbagai macam rasa. Kita perlu tabah ketika berada di asrama. Bangun awal pagi pada jam 5 hingga 5:30 pagi adalah antara rutin harian kami. Pada jam 5:45 pagi kami akan ke surau untuk menunaikan solat subuh dan kami akan membaca al mathurat selepas menunaikan solat subuh. Seterusnya kami akan makan di dewan makan. Antara makanan yang disediakan ketika sarapan seperti nasi goreng, bihun dan milo panas. Selepas selesai makan kami akan dewan untuk mengetahui maklumat dan program yang selanjutnya. Selepas selesai aktiviti di dewan kami akan pergi ke kelas untuk belajar. Pada jam 10:30 kami akan rehat. Ketika rehat antara tempat yang ada seperti kafeteria dan coop. Dan pada jam 10:50 kami akan pulang semula ke kelas untuk kembali belajar.                 




KEHIDUPAN DI ASRAMA (BAB2)

NAMA        : AHMAD SAYUTI BIN ZAINUDIN
UMUR        : 14
SEKOLAH : STAR, SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN
WEB           : www.staripoh.com


                               BAB 2

        Pada jam 12:50, sesi pembelajaran kami tamat. Kami akan pergi ke dewan makan. Antara makanan yang disediakan adalah seperti gulai ayam, ikan dan sayur. Selalunya kami mengambil masa selama 20 minit untuk makan. Setelah selesai makan kami akan pergi ke surau untuk menunaikan solat zohor berjemaah. Kemudian kamia kan pergi ke kelas semula untuk belajar di dalam waktu PDP. Ini adalah satu jadual baharu yang mana sebelum ini waktu PDP ini masih tidak wujud. Selepas tamat, kami pergi solat asar di surau. Kemudian kami akan pergi beriadah untuk menyihatkan tubuh badan kami. Selalunya kami akan pergi bermain bola sepak atau ragbi bersama rakan-rakan saya.kami akan meluangkan masa kami hampir satu jam. Dari jam 5:30 hingga jam 6:30 petang.